husnaazukie
4 tahun
Sesak nafas, asthma setiap hari ,batuk, selsema
saya seorang wanita berusia 22 tahun. seorang penghidap asthma tetapi jarang sekali diserang asthma. kebelakangan ini sering batuk, asthma menyerang setiap hari walaupun ada mengambil sedutan inhaler serta selsema
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin menghadapi serangan asma kerana pencetus asma anda seperti suhu sejuk, bulu haiwan atau debu tidak dihindari. Selain itu, jangkitan virus yang menyebabkan selsema dan batuk juga boleh menyebabkan asma anda semakin teruk. Langkah yang anda boleh lakukan sekarang adalah memantau symptom dan serangan asma anda. Anda digalakkan untuk melawat doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan mungkin penambahan ubat untuk mengawal simptom asma anda.