Sulit
4 tahun
Sesak nafas bila berjalan
Saya ade mslh sesak nafas bila berjalan n berada dikalangan orang ramai. Tp bila baring n duduk nafas saya sgt2 selesa.lagipun saya ade mslh hidung berbau busuk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sesak nafas yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Tubuh yang kurang aktif menyebabkan anda berasa sesak nafas apabila bergerak lebih aktif dari biasa
- Masalah anxiety apabila dalam kalangan orang ramai
- Masalah pernafasan seperti asma
- Hidung yang berbau busuk mungkin disebabkan oleh masalah seperti jangkitan sinus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.