Sulit

2 tahun

Sesak nafas , sakit perut selepas makan walaupun makan dalam proposi yang sederhana ,selalu sakit kepala , penglihatan sya kurang jelas dan deria sentuh , rasa dan hidu semakin menghilang

Hi , Sya pelajar berumur 15 tahun (lelaki) . Kebelakangan ini sya mengalami sesak nafas , sakit perut selepas makan walaupun makan dalam proposi yang sederhana ,selalu sakit kepala , penglihatan sya kurang jelas dan deria sentuh , rasa dan hidu semakin menghilang . Apakah penyebab masalah ini doktor ?

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami perlu diperiksa secara fizikal di klinik berdekatan. Masalah yang anda hadapi kemungkinan boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini tanpa melakukan pemeriksaan pada kondisi anda. Sesak nafas adalah perkara yang patut diatasi dengan segera kerana bimbang membawa kemudaratan kepada kesihatan anda secara keseluruhan. Sesak nafas boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Asma adalah penyakit yang disebabkan oleh alergi terhadap bahan pencetus asma. Pesakit asma mengalami masalah pembengkakan saluran pernafasan akibat terdedah kepada bahan alergi.
  • Jangkitan paru-paru atau saluran pernafasan menyebabkan salur pernafasan bengkak dan paru-paru tidak dapat mengembang dengan baik sekaligusmengurangkan kadar oksigen yang masuk ke paru-paru.
  • Masalah jantung boleh menyebabkan sesak nafas
  • Kurang darah merah menyebabkan seseorang sesak nafas kerana sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila kurangnya sel ini, paru-paru perlu bekerja lebih keras bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi.
  • Masalah psikiatri seperti anxiety

Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.

Memandangkan kita berada di waktu pandemik COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi dahulu gejala anda serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Untuk makluman anda, kami menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

sukar-bernafas

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)