Sulit
3 tahun
Setelah makan pil perancang 7 hari dan bersama suami adakah akan hamil?
Saya wanita berumur 31. Saya pertama kali mengambil pil perancang pada hari pertama haid. Tetapi haid saya datang sehari dahaja dan pada hari ketujuh saya mengambil pil. Saya bersama suami dan suami lepaskan air mani di dalam. Adakah peluang saya hamil itu tinggi? Makkumat tambahan sebelum saya mengambil pil perancang. Saya mengambil suntikan depo.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan selamat pagi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk makluman pihak anda, jika anda terlupa makan pil perancang, anda biasanya perlu mengambil dos seterusnya dan mengambil perlindungan tambahan jika anda melakukan hubungan seksual. Untuk mengetahui status kehamilan anda, sila lakukan ujian kehamilan.
Berdasarkan keterangan diatas, hubungan diantara suami dan isteri yang melibatkan penetrasi kemaluan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berlaku kehamilan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.