Sulit
2 tahun
Sila beri penerangan dan apa yang saya patut lakukan jika mata saya bengkak dan mengalami simtom-simtom yang lain
Saya remaja berumur 14 tahun
. Dalam beberapa minggu mungkin sebulan yang lalu rambut saya kerap gugur sedangkan rambut saya bukan jenis yang selalu gugur. 3 hari yang lalu mata saya bengkak dan semakin membesar setiap hari. Saya membuat pencarian di Google dan mendapati itu adalah tanda-tanda tiroid selain daripada itu kitaran haid saya juga terganggu kekadang stabil mungkin sebkuam dalam 2 kali ataupun lambat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang maslah haid anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Umur
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Anda juga boleh berunding dengan doktor tentang masalah keguguran rambut jika ia berkaitan dengan masalah haid anda. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.