Sulit
2 tahun
Simptom Long Covid Effect
Pada 12 Mei 2021, saya disahkan positif Covid19 stage 2 dengan simptom demam, hilang deria rasa dan bau, gatal-gatal seluruh badan yg teruk.
Pada 25 Mei 2021, saya pergi ke klinik kerana masalah gatal masih tidak elok. Dr memberikan prednisyn utk saya ambil selama 5 hari (30mg).
Selepas habis ubat, gatal-gatal masih ada tp seperti gegata (urtikaria). Dan sejak beberapa hari yang lalu saya mula rasa lenguh-lenguh badan dan jantung saya berdengup laju.
Adakah apa yang saya alami ini merupakan Long covid effect atau bukan? Perlukah saya berjumpa doktor?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mempunyai masalah gejala COVID-19 yang berpanjangan seperti gatal, lenguh badan dan jantung berdegup laju. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, ‘long COVID-19’ atau ‘post-COVID-19 syndrome’ adalah kondisi kesan COVID-19 berlarutan melebihi 4 minggu selepas diagnos dengan COVID-19.
Antara gejala-gejala yang sering dilaporkan adalah seperti:
- Keletihan
- Sesak nafas
- Batuk
- Sakit sendi
- Sakit dada
- Masalah peringatan dan daya fokus
- Sakit kepala
- Jantung berdegup laju
- Hilang deria rasa dan bau
- Kemurungan atau keresahan
- Demam
- Pening kepala
- Gatal badan
Namun gejala yang dialami setiap individu adalah berbeza-beza dan gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penilaian dan nasihat lebih lanjut dalam perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini