Sulit
2 tahun
Spotting atau period
Hai ,saya baru berkahwin bulan ke 3 .sy sllu regular priod 7days and every month dtg tept pada tarikhnya .tetapi harini seawal 7 hari .saya sllu mngalami ssugut dan period yg banyak skiranya dtg period tetapi harini awl 7hari dr due date period dan wana coklat gelap dan agak skit skit .not full soak . Sy add jugak buat upt -ve . Rasenye btul ke itu spotting atau mmg daeah period saya ??macam mane saya na smbhyg sekiranya masih spoting
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami kekeliruan sama ada darah spotting ataupun haid. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Kesan sampingan pil perancang kecemasan
- Ketidakseimbangan hormon
- Tekanan emosi atau stres
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Polip atau fibroid rahim
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Radang pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.