Sulit
2 tahun
Spotting selepas makan pil escapelle
Saya wanita 20an. Saya telah bersama dengan suami saya & mengambil pil escapelle kerana suami tidak memakai kondom semasa berhubungan seks. Pada hari 20 menstrual cycle saya, saya mendapati mempunyai spotting berwarna coklat seperti darah haid tapi belum masanya untuk saya period. Saya juga mengalami mual2 dan pening berangin serta mudah letih. Adakah simptom ini normal & adakah saya boleh solat seperti biasa atau saya harus menunggu spotting itu hilang?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami pendarahan sedemikian, seperti:
- Kesan sampingan pil perancang kecemasan
- Haid yang datang awal dari biasa
- Ketidakseimbangan hormon
- Tekanan emosi atau stres
- Radang pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Mengenai pendarahan spotting, ia hanyalah pendarahan minima dan hanya sedikit. Maklumat lanjut perlu diketahui terutama sejarah kitaran haid anda kebelakangan ini. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.