Sulit
3 tahun
Sukar bernafas pd mlm hari
hi doktor , nafas saya kerap berbunyi walaupun sedang berehat . apabila sya mandi pada malam hari, sya kerap menjadi sukar utk bernafas .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, hanya dengan maklumat yang anda berikan, ianya tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai punca sebenar masalah anda.
Namun, saya tidak menolak kemungkinan untuk sesak nafasa anda berpunca dari masalah lain seperti
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.