Sulit
3 tahun
Sukar bernafas sejak beberapa tahun lepas . Dada saya terasa sempit dan sakit . Tetapi saya tidak menghidap penyakit asma
Saya wanita berumur 17 tahun . Sejak beberapa tahun lepas , saya mengalami kesukaran untuk bernafas namun bukan setiap masa . Perkara ini berlaku kadang-kadang sahaja . Saya pernah pergi ke klinik untuk pemeriksaan namu tiada apa- apa yang pelik dikesan . Mengapakah hal ini berlaku ?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.