Sulit
3 tahun
Susah nak buang air besar
Saya remaja perempuan , berumur 15 tahun ,saya merasakan di bahagian dalam anus saya terdapat ketulan lembut ,apabila saya hendak membuang air besar ketulan tersebut mengeras , dan selepas buang air besar ianya mengecut .Saya juga merasakan hal ini menyukarkan saya untuk membuang air besar .Selain itu , jika saya buang air besar , lendir kekuningan atau putih keluar dari punggung saya , saya juga pernah mengalami sembelit 2 minggu sebulan yg lalu .Apakah pendapat doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami berkemungkina disebabkan oleh buasir.
Antara gejala yang merujuk kepada masalah buasir adalah:
Pendarahan merah terang dari dubur
Kesakitan semasa pergerakan usus
Bengkak yang menyakitkan atau benjolan berhampiran dubur
Kegatalan dubur
Lendir dari dubur
Keradangan dubur
Darah pada tisu selepas pergerakan usus
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Kami tidak menolak kemungkinan lain untuk gejala yang anda alami. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.