Sulit
3 tahun
Sy mengalami sakit di belakang kepala selama 2 bulan tanpa henti dan sakit tersebut telah mengganggu tidur sy sepanjang hari
Kesakitan kepala itu telah memganggu pendengaran dan penglihatan sy. Selain itu, kepala dan muka sy juga menjadi kebas yg ketara. Adakah sy menghidapi tumi5hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.
Ç
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf
- Ketumbuhan di dalam otak
- Strok
- Osteoarthritis atau rheumatoid arthritis tulang belakang
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini memerlukan perhatian doktor dan anda dengan segera kerana kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala dan muka kebas anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.