Sulit
3 tahun
Sy nak tanye…sy rasa benjol dibawah ketiak sy
Sy nk tanye…sy rasa ada benjol dibawah ketiak sy… Berhampiran dgn bekas bisul yg dah lama… Benjol dy tk besar…cuma sederhana je… Bila sentuh rasa sakit… Apa perlu sy buat dktr…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan dibawah ketiak boleh disebabkan:
Fibroadenoma
Sista
Jangkitan virus atau bakteria
Lipoma
Jangkitan kulat
Penyakit lupus
Kanser payudara
Limfoma
Leukemia
Anda boleh merujuk segera pada doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.