Sulit
3 tahun
Tahi Telinga Tersumbat Menyebabkan Saya Kurang Pendengaran & Rasa Berdengung
Saya wanita yang berumur 20an, ada ada masalah dengan membuang tahi telinga saya… Apabila saya ingin membuang tahi telinga saya dengan kapas (pengorek telinga), seolah2 ia makin menolak tahi telinga itu terus ke dalam, dan membuatkan telinga saya berdengung & kurang pendengaran… sehingga menyebabkan saya sakit kepala sehingga kerja harian saya terganggu… apa yang patut saya lakukan? dan ubat jenis apa yang patut saya ambil? mohon menjelasan doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tahi telinga tersumbat
- Jangkitan telinga
- Bendasing di dalam telinga
- Penyakit Meniere
- Radang tonsil atau tekak
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana masalah hilang atau kurang pendengaran memerlukan perhatian dan rawatan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.