Sulit
3 tahun
Tangan biji2 merah pada tangan
Saya lelaki 19 tahun dan dapati tapi ada 1 biji merah macam 0.2 or 0.3… n 3 biji yg kecil2 sgt… tpi permukaan merah tu tgh2 ada nampak putih . .ada ker ini sifilis? Sebab bru 4 biji jr… ada ker ubah utk bantu? Sye x de demam n semua
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penjelasan lain mengenai masalah bintik-bintik merah pada tangan yang anda alami, iaitu:
- Alahan kulit ( Contact dermatitis )
- Jangkitan HPV ( Human papilovirus ). Ini merupakan salah satu STD yang dikenali
- Jangkitan kuman Molluscum Contagiosum
- Seborrheic keratosis . Sejenis ketumbuhan pada kulit
- Ekzema
- Jangkitan kulat seperti Ringworm
- Psoriasis
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.