Sulit
3 tahun
Telinga berasa gatal
Hi dr. Sy perempuan berusia 21 tahun. Kebelakangan ini, telinga sy berasa tidak selesa. Telinga dalam sy berasa gatal- gatal . Ia amat menganggu sy kerana gatal tersebut berlaku dengan kerap. Walaupun sy mengosok dan membersihkan telinga sy dengan alatan besi atau cotton bud tetapi telinga dalam sy tetap gatal. Apa yg patut sy lakukan ? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala telinga anda berasa gatal ini boleh disebabkan:
- Gumpalan tahi telinga
- Kegatalan biasa
- Kemasukan serangga atau gigitan serangga
- Alahan kulit telinga terhadap earphone
- Jangkitan dalam telinga
Anda boleh cuba menggunakan kapas telinga secara perlahan-lahan serta tidak terlalu dalam untuk melegakan kegatalan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.