Sulit

3 tahun

Tidak datang haid tetapi upt negative

Saya wanita berumur 26tahun dan sudah berkahwin. Saya sememangnya mempunyai masalah haid tidak teratur tetapi tetap datang haid setiap bulan. Namun pada May 2020 haid saya tarikh 2/5 - 8/5. Next haid saya pula 28/6 - 4/7. Dan sehingga hari ini saya tidak datang haid, apabila saya membuat ujian kehamilan, keputusan negatif. Bila saya bergambar, kenalan rapat saya akan tegur saya, perut saya seperti hamil. adakah saya ada sakit?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan yang anda perihalkan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur serta gejala perut yang membesar yang nampak seperti kehamilan, walaupun mempunyai keputusan UPT yang negatif.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur merupkan satu perkara yang biasa dialami oleh segelintir golongan wanita yang sihat, tanpa penyakit dalaman yang serius.
Namun, ia juga boleh menandakan beberapa penyakit yang berbahaya atas kesihatan kita secara amnya.

Terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang anda perihalkan, iaitu:

  • Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor am seperti gangguan stress, tabiat pemakanan yang tidak seimbang, senaman berlebihan dan sebagainya.
  • Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim. Ini boleh menyebabkan halangan pengeluaran haid anda serta menggangu rembesan hormon yang mengawal kitaran haid.
  • Penyakit sista ovari (PCOS) , merupakan ketumbuhan pada sista ovari yang boleh mengganggu rembesan hormon yang mengawal kitaran haid.
  • Masalah tiroid juga boleh mengganggu aliran hormon wanita.
  • Kanser rahim atau ovari.
  • Kehamilan normal atau kehamilan ektopik
  • Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI.

Walaubagaimanapun, kami cadangkan anda untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) sekali lagi bagi memastikan anda tidak hamil ataupun mengalami kehamilan ektopik. Kadangkala ujian UPT ini ada kemungkinan untuk menunjuk keputusan yang palsu atau salah disebabkan oleh cara penggunaan atau tarikh tamat tempoh (expiry date) alat UPT tersebut.

Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda alami bagi mendapatkan siasatan lanjut dan mendapatkan rawatan yang sesuai. Sementara itu, kami sarankan anda juga untuk memantau simptom-simptom lain seperti muntah, loya, sakit payudara, sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid, dan juga keputihan yang aneh dari lubang faraj.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

womananddoctor%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)