Sulit
3 tahun
Tidak haid hampir 3 bulan..tapi ujian PT negatif
saya wanita baru kahwin pada december 2020,last period 1hb feb,sampai sekarang belum period lagi,pernah buat PT sebelum ni,keputusan faint line…dan selepas seminggu jadi negatif…sampai sekarang masih negatif
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat. Untuk makluman anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Selain itu, maklumat lanjut mengenai kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih mendalam untuk mengenal pasti punca masalah haid lewat yang dialami oleh anda. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Berikut pula merupakan beberapa sebab mengapa keputusan ujian kehamilan anda menunjukkan keputusan negatif:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Namun begitu, keputusan ujian yang negatif tidak bermaksud anda tidak hamil. Ia mungkin menunjukkan keputusan false negative .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.