Sulit
4 tahun
Tidak period, keputihan tak berbau
Saya berumur 40tahun. Period saya dah lewat 2 bulan x dtg. Sebelum2 ni saya x ada masalah langsung…Pernah lewat dlm 2-3mnggu. Cuma utk bulan ini, saya langsung x period n x preggy pun. Keputihan tu ada mcm lendir hingus dan x berbau.
Kenapa ya doctor? Mohon pencerahan…adakah saya dh masuk fasa2 awal menopos?..
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor selain dari kehamilan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Umur menopause adalah dalam lingkungan 50 hingga 55 tahun. Anda ialah pada awal 40-an. Walaupun jarang berlaku, namun haid lewat boleh berlaku akibat perimenopaus iaitu tempoh diambang menopaus.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.