Sulit
2 tahun
Tidak uzur selama 2 bulan
saya wanita umur 17 saya tidak haid selama 2 bulan apakah saya ada penyakit mngenai dngn haid saya…saya brharap bulan ni uzur tapi tidak…sebab sejak kebelakangan saya sllu stress , makan kurang , dan kalau saya sd baring lalu berdiri rasa pitam…apakah penyakit yg saya alami sekarang😥
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Ubat-ubatan tertentu
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Walaubagaimanapun, anda harus berunding dengan doktor jika gejala gejala lain anda berterusan dan menganggu rutin harian anda. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.