Sulit
3 tahun
Tidur mengereng ke sebelah tempat
Hi doctor , adakah tidur mengereng ke sebelah dpt menyebabkan muka kelihatan senget dan berat sebelah ?? Apakah rawatan yg perlu dilakukan ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu muka lenguh ataupun kelihatan senget dan berat sebelah. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Masalah postur kepala yang tidak betul
- Masalah kedudukan struktur tulang
- Masalah saraf/ pembuluh darah dan otot
Anda berasa lenguh badan? Dapatkan kelegaan segera .
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Lenguh separuh badan boleh menjadi petanda masalah saraf. Pakar neurologi boleh membantu anda!