Sulit
3 tahun
Tidur tetapi bdan berasa seperti terkjut berkali kali
saya lelaki 20an… sya bru berkahwin… bila sya tido isteri memberi tahu…ketika saya tidur… saya mengalami keadaan bdan sperti 'mcm terkjut tiba2’berkali2… dlm 5 minit 4 - 6 kali badan sya mengalami keadaan sebegitu… boleh saya tahu mengapa keadaan menjadi seperti itu… dan apakah solusinya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- mimpi yang buruk
- Stress dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih