Sulit
3 tahun
Tompokan darah hitam semasa hamil
Hello doktor, saya sudah disahkan mengandung 7 minggu. Tetapi saya mengalami keluar pendarahan tompokan hitam sehingga 6 hari dan masih ada lagi. Saya sudah berjumpa dengan doktor minggu lepas dan diberi ubat duphaston. tetapi masih juga ada pendarahan berlaku. Apakah yang harus saya lakukan dan adakah ini bahaya untuk kandungan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah spotting pada trimester pertama boleh dikaitkan dengan masalah:
pendarahan implantasi
kehamilan ektopik
keguguran
sebab yang tidak diketahui
masalah yang tidak berkaitan dengan kandungan anda tetapi organ pembiakan wanita
Duphaston adalah ubat hormon dydrogesterone (progesteron). Kepentingan progesteron adalah untuk membantu menyiapkan rahim untuk mengandung dengan menyebabkan lapisan rahim atau endometrium menebal. Tujuan keseluruhannya adalah bagi membantu mewujudkan persekitaran sokongan yang ideal pada rahim untuk telur/embrio yang disenyawakan.
Sukar untuk saya mengulas mengenai kandungan anda kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.