Sulit
3 tahun
Tonsil bengkak dan demam berpanjangan mata kerap menanah
hai saya syakeer umur 22, saya kerap demam bila tonsil bengkak dan akan mengalami pelbagai simptom seperti banyak sinus, loya dan pening. dalam pada itu, mata saya juga kerap menanah dan pernah berdarah… jadi apa patut saya buat? saya sudah kerap merujuk doktor tapi hanya antibiotik dan beberapa ubat sahaja diberi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Batu di dalam tonsil
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Jangkitan kelenjar air liur
- Jangkitan telinga
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami memberikan solusi mengenai masalah yang dialami oleh anda kerana maklumat dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.