Sulit
3 tahun
Tu masalah jantung ke? Dulu xde
Dulu saya kerap sgt beremosi.Tekanan perasaan.
Masalah saya ni bila marah atau naik angin mesti rasa mual kadang tu muntah² pastu dada terasa susah nak bernafas kepala pun rasa nak pitam.skrg puya simptom sekali mengah².saya tenangkan diri pastu minum air segelas pastu akan sendawa.lepas sendawa tu rasa susah nafas saya td hilang.Ada kaitan dengan jantung ke?tu tanda penyakit jantung atau bukan? dada taksakit cuma rasa susah bernafas. Bila saya dlm keadaan normal,tiada apa2 simptom pun.ckrg saya kena kawal perasaan saya jgn emo.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Tekanan darah tinggi
- Psikologikal:
- Stres atau tekanan emosi
- Keresahan (anxiety)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain yang tidak kami sebutkan di atas. Sukar untuk kami katakan punca sebenar anda berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh anda dan doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.