Sulit
2 tahun
Tukar pil perancang dari suntikan
Salam doktor. Sy mengalami gugur 6w kandungan pd hujung mei. 16 june sy ambil depo untuk rehatkan rahim. Boleh ke julai nanti saya overlap ambil pil 21hari atau pil 28hari untuk keluarkan haid dan merancang balik? Atau sy kena tunggu tempoh depo habis dulu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang pengambilan perancang depo dan juga pil perancang kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Anda menerangkan bahawa anda telah mengambil suntikan depo. Suntikan ini biasanya bertahan selama 3 bulan dan anda tidak perlukan perancang tambahan ketika ini. Oleh itu, anda tidak perlu mengambil pil perancang 21 atau 28 hari selagi tempoh depo anda ini belum habis.
Sila rujuk doktor bagi mengetahui maklumat lanjut tentang kaedah perancang kehamilan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.