Sulit
2 tahun
Ulser di bahagian bibir dalam faraj
Sy wanita yg sudah berkahwin,umo 29tahun…sy mengalami ketidakselesaan di bahagian faraj Sejak 2 hari lepas…sy perasan di bibir dlm faraj mula naik biji2,apabila kencing akan berasa sakit h pedih sbb air kencing mengalir dan kene pada biji2 tersebut…hari berikutnya sy cek & kelihatan ade putih2 di sekeliling faraj bhgian bibir dlm…ini pertama kali sy alaminya…harap doctor dpt membntu
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami gejala ulser di bahagian kemaluan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka akibat alahan seperti pada kain atau sabun
- Dermatitis
Namun gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang serius dan memerlukan susulan daripada doktor seperti:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis
- Penyakit kulit seperti ekzema atau lichen sclerosis/planus pada kemaluan
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).