Sulit
4 tahun
Untuk lebih kepastian doc .. adakah Saya pregnant atau Saya ada penyakit lain
Saya seorang wanita berumur 25 tahun sudah berkahwin. Situation Saya doc … period Saya sepatutnya akan datang 30/3/2020 . Hari ini sudah 9 hari terlambat. Hari yg ke 9 doc … Saya Buang air Kecil kerap sngt… Tapi ada keluar darah sedikit… Saya harap doc Boleh bagi penerangan ya. Terima kasih Banyak doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Pendarahan yang sedikit mungkin haid atau masalah kencing berdarah yang boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- jangkitan saluran kencing
- batu karang
- jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.