Sulit
2 tahun
Upt positive tetapi
hi, saya berumur 25 tahun, sudah 2 hari saya rasa badan saya tidak sedap. saya muntah2 dan alahan pada setengah bau. Jadi saya mengambil keputusan untuk check UPT sendiri di rumah, 2 kit menunjukkan positive, 1 lagi menunjukkan -ve. Jadi saya telah mengambil keputusan untuk pergi ke clinic, turn out hasil UPT saya -ve. adakah ini kemungkinan menyebabkan kandungan saya masih kecil atau alahan saya adalah disebabkan gangguan kesihatan saya. tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda telah menjalani beberapa ujian UPT serta ke klinik untuk memastikan simptom anda adalah kehamilan. Namun, keputusan UPT di klinik adalah negatif. Kini anda ingin tahu apakah puncanya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT menggunakan kadar hormon hCG pada darah atau air kencing. Jikalau ujian tersebut negatif, ia mungkin kerana kadar hCG anda tidak melepasi tahap minima ujian kehamilan. Waktu yang sesuai untuk membuat ujian UPT adalah seawal 2 minggu selepas hubungan seksual atau kelewatan haid.
Walaupun begitu, kadar hCG sahaja tidak boleh memastikan kehamilan. Langkah paling baik adalah menjalani ujian kadar hCG beserta imbasan ultrasound untuk kepastian. Selain daripada itu, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat mengenai gejala anda tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.