tingyang3899
3 tahun
Vaksin Covid - Latent TB & Prior Flu jab
Hi Drs.
- Bolehkah seseorang yang mempunyai latent TB mendapatkan vaksin Covid?
- Bolehkah seseorang yang mendapatkan Flu vaccine beberapa bulan yang lalu mendapatkan vaksin Covid?
Terima Kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan pada mereka yang
- sedang mendapat rawatan TB dengan syarat
- pengubatan tidak mendatangkan kesan sampingan
- stabil dengan pengubatan TB yang diamalkan
- pesakit latent TB atau mempunyai sejarah jangkitan TB
Tambahan pula, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.
Menurut beberapa sumber, umumnya, jarak pengambilan antara dua jenis vaksin yang berbeza seharusnya melebihi 2 minggu (namun data yang melibatkan vaksin COVID19 perlu diteliti dengan cermat terlebih dahulu). Justeru, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.