Sulit
3 tahun
Wanita megandung sesak nafas
isteri saya wanita mengandung 8 bulan.
mengalami kahak tanpa batuk
dan sesak nafas (berat untuk menafas.
Beliau juga mengalami penglihatan yang kabur dalam sehari 1-2 kali
turut mengalami sakit kepada. alahan ataupun sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sesak nafas ketika mengandung.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Tekanan darah tinggi atau pre-eklampsia. Penyakit ini sangat serius dan boleh membahayakan nyawa ibu dan anak. Gejala yang biasa berlaku adalah sakit kepala dan kabur penglihatan.
- Tekanan daripada bayi kepada organ sekitar
- Kedudukan bayi songsang
- Jangkitan kuman pada paru paru
- Demam
Melihat kepada kondisi anda, saya amat menyarankan anda untuk bersegera ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Pada lingkungan 8 bulan mengandung, sebarang gejala yang berlarutan perlu di rujuk ke hospital bagi mengelakkan perkara tida diingini berlaku.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.