Anonymous

4 years

Air mani keluar semasa buat hubungan sex

Saya wanita berusia 38thn. Saya mempunyai 2 anak lelaki. 5thn dan 7thn.sejak satu tahun saya dan suami sedang mencuba untuk mendapat anak ketiga. Tapi tidak berjaya. Bila masa kami mengadakan hubungan sex. Air mani suami keluar semua dan tak masuk ke dalam rahim saya.bole saya tahu kenapa. Adakah saya mengahadapi apa apa masalah.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Dari masalah yang diceritakan, saya percaya ia adalah normal kerana kemungkinan kuantiti air sperma yang dikeluarkan banyak sehingga ia terkeluar. Tidak semestinya semua air mani yang keluar itu adalah keseluruhan air mani yang dipancut dan langsung tiada yang berjaya masuk ke dalam rahim.

Namun begitu, untuk pengatahuan puan, terdapat sebab lain sukar untuk hamil. Antaranya:

  • Tidak berovulasi- dimana tiada telur yang dikeluarkan oleh ovari
  • Masalah dari air mani- analisis air mani diperlukan untuk mengesan masalah ini
  • Faktor umur- lazimnya wanita berumur lebih dari 35 dan lelaki berumur lebig dari 40 tahun mengambil masa yang lebih lama untuk hamil
    -Tube falopio tersekat
  • Tidak mecuba cukup lama- 90% pasangan akan hamil selepas 12 bulan mencuba dengan kerap
  • Menghidapi masalah endometriosis- dimana tisu yang lazimnya hanya berada di dinding rahim berada di kawasan lain selain rahim
  • Maslah kesihatan lain- seperti masalah tiroid, kencing manis, penyakit kelamin dan juga depresi.
  • Ketidak suburan

Namun begitu jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih

pregnancy-upt

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.