Sulit
3 tahun
Cirit birit , headache , sakit perut
Hi saya wanita berusia 29 tahun , saya telah mengalami cirit birit sejak semalam dan perut tidak selesa seperti kembong perut sejak 2 3 hari yg lalu … saya cuma membeli ubat di farmasi tetapi masih juga keluar masuk jamban … jika berlarutan adakah saya perlu ke klinik juga ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu cirit birit. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.