Ask Doctor: Masalah PCOS bahaya tak?


Anonymous Patient 17 days

Hai, saya berumur 23tahun…berat 87kg…saya baru berkahwin dalam 3bulan, period saya dah lewat sebulan lebih, saya ada berjumpa doktor, doktor cakap saya ada masalah pcos…bole saya tau pcos tu bahaya tak untuk saya?? masih ada peluang untuk saya mengandung?? bagaimana nak pulihkan pcos nie?? dan makanan apa yang sesuai untuk diet pcos?? harap doktor on call boleh bantu saya…

Answered by doctor
Dr Sashini Seeni Doctor 17 days

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, PCOS memberi kesan kepada semua bahagian tubuh badan, bukan hanya sistem reproduksi wanita. Ia meningkatkan risiko wanita mendapat penyakit serius yang mungkin mempunyai kesan sepanjang hayat.

Pada PCOS terjadi rintangan insulin sehingga menyebabkan peningkatan risiko diabetes (kencing manis), penyakit kardiovaskular (sakit jantung) dan sindrom metabolik (seperti gemuk, kolesterol tinggi dan sebagainya). Wanita dengan PCOS juga cenderung mempunyai keadaan yang disebut hiperplasia endometrium, di mana lapisan rahim menjadi terlalu tebal. Keadaan ini meningkatkan risiko mendapat kanser endometrium.

Merujuk kepada peluang untuk hamil, langkah pertama adalah memastikan ovulasi terjadi. Bagi wanita yang mengalami berat badan berlebihan, penurunan berat badan adalah digalakkan bagi memastikan ovulasi terjadi. Ubat juga boleh digunakan untuk meregulasi ovulasi. Pembedahan pada ovari adalah pilihan terakhir digunakan apabila rawatan lain tidak berfungsi. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang prosedur pembedahan adalah tidak jelas.

Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Last Updated: Wed Oct 30 2019 21:15:14 GMT+0800 (+08)
4.88


Ask a doctor online
Stuck in meetings all day long?
Speak to an online doctor now!
Consult a Doctor Online
Discounts up to
RM50
Ask Doctor For Free RM50 OFF For All Medicines & Supplements