Sulit
4 tahun
Selsema, tekak merah, berkahak, kesukaran bernafas
Saya seorang lelaki berumur 41 tahun, telah mengalami selsema (2 minggu), tekak merah(kadang-kadang batuk) dan kadang2 mengalami kesukaran bernafas(sebelum PKP di mulakan) mempunyai kahak dan tiada kontek rapat dgn mana2 pesakit Covid Positif. saya juga selalu mengalami kembung angin. Apabila saya merasa tidak puas semasa bernafas, saya kadang2 cuba untuk menarik nafas sedalam-dalam berkali-kali sehingga puas, kadang kala menyebabkan terasa macam pinch pain di dada.
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Pharyngitis
- Tonsilitis
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.