Anonymous

4 years

Tabligh dan COVID-19: Apa nasib contact rapat mereka?

Saya ada bertemu dengan rakan saya yang menyertai program tabligh di Seri Petaling 1 Mac lalu. Sehingga kini (14 Mac) dia tidak mempunyai sebarang simptom. Sebagai individu yang sudah ada contact dengan beliau, haruskah saya juga buat ujian COVID-19? Sehingga kini saya juga tidak mempunyai sebarang simptom.

Salam sejahtera!

Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya ambil maklum bahawa anda berhubungan rapat dengan seseorang yang menghadiri majlis tabligh di sri petaling. Namun, untuk menilai risiko anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Ujian saringan COVID-19 biasanya diutamakan untuk orang yang berisiko sederhana tinggi atau tinggi.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.

Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination

To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here

To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.