Sulit
3 tahun
Keputihan, senggugut
Umur sy 34 tahun. Sy suffer senggugut dah 2 thn. Sy ada buat ca 125 (cmia) test. Bacaannya 165.0. Doc yg merawat cakap maybe sebab sy ade senggugut yg terok thats y bacaannya mcm tu. Doc ckp tak perlu risau. Is it? Sy cuma nak kepastian. Sy pun ada tanya doc di clinic pakar wanita. Katanya pun tak perlu risau. Yg ada cancer ovari tu reading nya akan jadi beribu. Berkenaan masalah keputihan sy, dlm sehari akan tiba2 terkeluar cairan warna mcm agak kuning dekat pantiliner. Apa rawatan yg sy boleh buat? Sy penah jmpe doc, doc penah bg antibiotic, anti fungal. Mcm tak membantu. Boleh doc bg advise utk sy? Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan gatal yang tidak menyenangkan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.