Sulit
3 tahun
Sakit mata seperti mata rasa bepasir
Saya baru sahaj mengalami sakit mata pada hari sabtu lepas. Hari ini saya rasa mata saya macam ade sesuatu. Bila saya tengok, saya dapati ada habuk di bahagian kelopak bawah. Selepas 5 jam, saya masih rasa benda yang sama. Bila saya cek, masih lagi habuk yang sama.Kemudian sy tgk dalam kelopak mata sy,bahagian atas ade bintik putih.Apa yang perlu saya lakukan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan pada kelopak mata
- Alahan kepada persekitaran ataupun produk
- Mata kering
- Bendasing atau habuk masuk ke mata
- Ketumbuhan pada mata
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.