Sulit
2 tahun
Sakit perutSaya,wanita berumur 28, Saya sakit perut dah 3 minggu. Sakit setiap Kali selepas makan. Lagi² Bila makan Pedas. Sakit dia bahagian atas pusat bawah dada. Apabila perut kosong ok je Tak sakit. Adakah ini bahaya. Ubat apa yg Saya boleh consume
Saya,wanita berumur 28, Saya sakit perut dah 3 minggu. Sakit setiap Kali selepas makan. Lagi² Bila makan Pedas. Sakit dia bahagian atas pusat bawah dada. Apabila perut kosong ok je Tak sakit. Adakah ini bahaya. Ubat apa yg Saya boleh consume.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami ketidakselesaan anda berkenaan sakit yang dialami pada bahagian atas pusat bawah dada. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya, sakit perut yang dirasakan pada kawasan bawah dada lebih-lebih lagi setelah makan atau mengambil makanan pedas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- inflamasi saluran pencernaan
- peningkatan rembesan asid dalam perut
- regurgitasi
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- GERD
- Chronic gastritis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.