Sulit

3 tahun

Tekak terasa seperti ada sesuatu yang mengalir ketika tunduk

saya lelaki berumur 25 tahun. tinggi 161cm berat 82kg. tidak merokok. saya telah menghidapi masalah ini sejak tahun lepas lagi. namun, tahun ini rasa sensasi tersebut semakin boleh dirasai hampir setiap hari. saya mengalami masalah seperti mempunyai sensasi hangat dingin di tekak dan terasa seperti ada sesuatu yang bergerak atau mengalir iaitu rasa yang sama apabila kita hendak muntah. rasa dirasai tidak menentu tidak kira waktu dan masa. kadang2 semasa berdiri tiba2 rasa tersebut timbul. semasa baring pun ada. paling teruk apabila saya ingin tunduk atau sujud, rasa tersebut ketara seperti ada suatu cecair hangat dingin dan tidak selesa serta dituruti dengan rasa mual atau kembang tekak yang hendak keluar dr tekak namun saya tidak pernah mengeluarkan atau memuntahkan benda itu dr dlm mulut. sensasi hangat dingin dan seperti ada sesuatu yang bergerak di dalam tekak sahaja serta dituruti dengan rasa mual dan kembang tekak setiap kali saya mengalami rasa tersebut. apakah masalah yang saya hadapi?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala tekak yang merasakan seperti ada sesuatu hangat yang mengalir. Untuk makluman anda, perasaan ini boleh disebabkan oleh masalah tekak yang bengkak ataupun disebabkan oleh keradangan yang berlaku pada esofagus. Ini boleh berpunca daripada penyakit:

  • Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
  • Jangkitan kuman pada tekak
  • Masalah keradangan esofagus
  • Keradangan faring. (Pharyngitis)
  • Jangkitan pada ruang hidung
  • Keradangan sinus dengan pengeluaran cecair yang mengalir ke tekak
  • Pengsarafan epiglottis, tekak atau esofagus yang bermasalah.
  • Masalah ketegangan otot pada tekak atau esofagus.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat. Jawapan diberi hanyalah keterangan am mengenai masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

AP_07_15_2014_59367249_L

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)