Sulit
3 tahun
1)haid yang berpanjangan selama 16 hari 2)mengalami keputihan yang banyak setiap masa
saya remaja wanita berusia 17 tahun dan mengalami masalah haid yang berpanjangan yang agak kerap selama 16 hari (pada hari ke-10 haid saya bertukar warna kuning yang keruh hingga hari ke-16) dan mengalami keputihan setiap masa hingga saya berasa letih dan sukar untuk menunaikan kewajiban… kadangkala saya berasa amat letih hingga tidur berjam jam… saya ingin menanyakan bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan punca disebaliknya… tolong saya untuk menyelesaikan masalah keputihan yang keluar sepanjang masa dan punca haid selama 16 hari
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Untuk makluman anda, senaman amat bagus untuk mengubah kitaran haid kepada lebih normal, maka teruskan usaha anda untuk bersenam. Amalkan pemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Untuk makluman anda, keputihan yang seperti anda perihalkan sebenarnya dipengaruhi oleh hormon estrogen yang ada pada wanita. Hormon estrogen merupakan komponen yang merangsang penghasilan keputihan daripada faraj wanita.
Selalunya, keputihan ini adalah perkara yang normal terjadi pada wanita ketika kedatangan haid. Namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Keputihan ini boleh diklasifikasi kepada dua, iaitu keputihan fisiologi dan juga keputihan patologik.
Keputihan fisiologi bermaksud ia adalah keputihan yang normal. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
Kebiasaanya, keputihan yang berwarna coklat sering berlaku pada akhir menstruasi (period) atau pada masa kehamilan. Namun, pada waktu lain, ia boleh menjadi sebuah kondisi patologik. Keputihan patologik juga kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku.
Berikut merupakan beberapa penyakit yang berkait dengan keputihan patologik:
- Jangkitan kuman atau STI ( sexual transmitted infections ) pada faraj wanita
- Jangkitan kulat
- Jangkitan HPV
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keputihan tebal, dan menyebabkan mudah untuk mendapat jangkitan kulat
- Keradangan pada vagina, serviks atau rahim
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
- Atrofi vagina
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.