
Sulit
3 tahun
Ada biji air di kepala
Ada biji air di kepala zakar,lepas je biji tu pecah ianya jadi luka…bole sya tau apa masalahnya ye??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah biji air di kepala zakar. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Kurang penjagaan kebersihan
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Alahan kepada bahan pencuci
- Jerawat
Namun begitu, masalah yang disebutkan boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Fordyce spots
- Kista/ Cyst
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.