
Sulit
5 tahun
Ada hampir semua symptom covid-19
Saya lelaki, 25 tahun, ada asthmatic tapi bukan yang jenis heavy and tak guna inhaler most of the time. 3 minggu ini, pertama saya rasa kurang selesa di area tekak dan hidung saya tetapi tiada selsema cuma terasa hidung tersumbat. Minggu lepas saya pergi klinik kerana ada short of breath dan check blood pressure saya agak tinggi dan temperature saya normal dan doctor cakap saya ada hidung tersumbat dan beri nasal spray. Hari sabtu 7 march saya ke PPUM kerana dada saya rasa ketat dan hidung tersumbat rasa makin teruk. Setelah buat Angiogram di PPUM result nya tiada masalah jantung dan di beri ubat asthma dosage lagi tinggi kerana doctor di sana cakap mungkin early symptom asthmatic attack.
Dan harini isnin 9 march, saya mulai rasa body aches, dry cough and fatigue. Besides that tekak rasa semakin kering tetapi saya sentiasa minum air putih dan suam. Bagaimana saya mahu buat checkup untuk covid ini kerana saya lihat primary symptom itu saya ada hampir semua.

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Memandangkan anda mempunyai gejala seperti batuk kering, badan menjadi lesu dan sakit, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini