
Sulit
2 tahun
Ada ketulan di ovari
Saya ingin bertanyaa adakah ia satuu penyakit jikaa ada isi lebihan di ovari

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Ketulan pada ovari yang dimaksudkan anda boleh disebabkan kista atau “cyst”. Kista ovari berbeza mengikut saiz dan jumlahnya serta samada ia aktif atau tidak (dalam pengawalan hormon). Untuk mengetahui status kista ovari ini, ia perlu dilihat melalui ujian “ultrasound” bagi mengenalpasti saiz dan jumlahnya. Saiz yang kecil dan jumlah yang sedikit akan diletakkan dalam pemantauan melainkan ianya membesar dengan cepat dan memberi kesan terhadap perubahan hormon wanita itu.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.