
Sulit
4 tahun
Adakah boleh hamil atau tidak
Saya baru je kahwin dengan isteri saya, saya melakukan seks dengan isteri saya, lepas beberap hari dia period, soalan saya adakah dia boleh hamil selepas period tersebut tanpa melakukan seks?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Haid menandakan seseorang tidak mengandung namun gejala pendarahan boleh juga disebabkan:
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Masalah pembekuan darah
- Pendarahan haid - ujian kehamilan mungkin tidak tepat
- Ketumbuhan polip/fibroid dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.