Sulit
4 tahun
Adakah ini berkemungkinan hamil?
saya tidak datang haid hampir 3 bulan . 2 bulan yang lalu saya telah melakukan seks dengan pasangan saya . Adakah saya berkemungkinan hamil walaupun saya ada menyertai sukan sebulan selepas saya melakukan seks dengan pasangan saya ? Saya berasa hairan dan ragu-ragu dengan situasi saya tetapi saya benar-bear hampir 3 bulan tidak datang haid. Dan kebelakangan ini saya hilang selera makan, selalu sakit kepala,muntah-muntah,dan mudah berasa lesu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.