Sulit
4 tahun
Adakah ini boleh menyebabkan mengandung
saya tidak datang haid hampir 3 bulan . 2 bulan yang lalu saya telah melakukan seks dengan pasangan saya . Adakah saya berkemungkinan hamil walaupun saya ada menyertai sukan sebulan selepas saya melakukan seks dengan pasangan saya ? Saya berasa hairan dan ragu-ragu dengan situasi saya tetapi saya benar-bear hampir 3 bulan tidak datang haid
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Aktiviti sukan tidak mempengaruhi kehamilan atau sebagainya. Sila jalani ujian kehamilan yang boleh didapati dimana-mana farmasi terdekat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.