
Sulit
3 tahun
Adakah Kesan vaksin..?
Hi doktor. Saya lelaki 39 tahun. Saya penerima Pfizer. Vaksin 2nd dose 09/07/2021. Selepas cucuk dlm seminggu,pinggang saya sakit sangat. Kemudian selepas 20 hari (29/07/2021) jam 03:00pg saya mengalami sesak nafas. Jam 10pg saya ke poliklinik,doktor buat ECG dan tiada masalah. Sedangkan masa tu nafas saya pendek,dada sakit, rasa seperti tercekik. Doktor cuma ckp saya alami gastrik. Pd sebelah ptg nya pula,saya diserang sakit dada lg… saya ke poliklinik lain pula. Perkara yg sama doktor ckp. Tiada apa2. Pd sebelah malam pula saya dah tak tahan,saya ke Hospital swasta. Doktor tahan saya di ICU. Selama seminggu jg saya berada di ICU. Buat angogram. Doktor ckp <50% sumbat. Sedang kan saya tiada masalah kesihatan sblm ni. Jd saya dibenarkan pulang. Bila balik keadaan masih sama. Seminggu kemudian saya warded sekali lg. Mcm2 pakar periksa saya. Dari pakar bedah(scop utk tgk ulser dlm usus) sehingga pakar tulang belakang periksa saya. Lastly buat MRI. C6&C7 ada sikit shja masalah. Tp tu bkn penyebab saya sesak nafas dan sukar utk bernafas. Ni baru seminggu saya keluar wad. Keadaan masih sama. Saya mengalami dada berdebar laju,sesak nafas,nafas pendek, dada sakit, tekak mcm berkahak tp x keluar. Dh macam anxiety rasenya. Apa perlu saya buat skrg doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut bukan kesan vaksin. Sukar nafas, berdebar dan sakit dada boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya: penyakit pada sistem pernafasan seperti jangkitan, COPD, keradangan dan lain, penyakit jantung Iskemia, penyakit gastrik, penyakit asid refluk (GERD) dan selainnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Paru-paru.