Sulit

2 tahun

Adakah ketidakkawalan emosi berpunca dari tekanan atau ia hanya sikap diri sendiri

Saya wanita 24 tahun,Saya merupakan anak sulung, dan semestinya harapan keluarga, dan ayah anggap saya hebat dalam segala galanya. Jika ada sesuatu yang saya tak tahu, ayah anggap saya tak nak buat, bukan sebab saya tak tahu sedangkan ia adalah sebaliknya. Saya tak nafikan saya ada salah dan kekurangan dalam tanggungjawab sebagai anak, tetapi saya cuma harapkan sedikit kefahaman daripada ibu bapa saya. saya tamat belajar awal januari 2020. Setelah itu, bermula pencarian kerja tapi disebabkan covid, agak payah untuk dapat memandangkan saya fresh grad, tiada pengalaman kerja dan bidang juga tidak bersesuaian. Untuk makluman saya merupakan graduan matematik. Disini bermulanya tekanan daripada ayah, yang mempertikaikan bidang yang saya ambil tidak diperlukan dalam industri dan punca susah dapat kerja. Saya mula rasa tertekan dan dalam sebulan, ada masa saya akan rasa nervous, ada anggota yang menggeletar secara tiba-tiba seperti tangan, badan dan selepas tu akan rasa penat, kadang tu nak bernafas pun penat. Saya juga mula perasan saya sukar kawal emosi, mudah melenting, pantang diusik, saya akan melenting dan mula meninggi suara. Saya cuba kawal dengan mendiamkan diri selama beberapa hari jika ada perkara yang dibangkitkan boleh mencetus kemarahan saya. Kadang niat saya hanya untuk menekankan apa yang saya kata itu adalah serius tapi tanpa sedar saya bercakap dengan nada tinggi. Perkara ini juga menyebabkan saya pernah bergaduh dengan adik saya yang marah sebab saya tinggi suara dengan ibu. Disebabkan saya dimarah sedangkan niat saya cuma bercerita, akhirnya saya melawan balik dan kami bergaduh. Bila terjadi perkara sebegini atau saya rasa tertekan saya tak tahu nak rujuk pada siapa. Saya terfikir sikap melenting, mudah terasa ni berpunca dari tekanan atau sikap saya sendiri yang tak mampu kawal emosi. Sejujurnya, saya pernah terfikir untuk mencederakan diri sendiri dan berfikir mungkin mati adalah yang terbaik untuk anak kurang ajar seperti saya tapi Alhamdulillah itu semua khayalan saya. Untuk pengetahuan doktor, semasa di sekolah rendah saya pernah menghentak kepala ke dinding kerana memberontak. Saya memberontak hanya kerana tidak dapat menonton rancangan kesukaan walhal keluarga cuma bergurau. Saya minta maaf sekiranya luahan saya ini agak kebudak budakkan dan tidak berkaitan dengan masalah psikiatri langsung. Adik beradik saya sering bergurau tetapi kadang saya terlalu sensitif dan teras dengan gurauan mereka dan menganggap serius. Saya juga seorang yang suka overthinking pada sesuatu yang belum terjadi dan sangat kurang keyakinan diri. Saya menulis luahan ini kerana risau pada masa akan datang sekiranya saya melakukan perkara yang tak diingini tanpa sedar. Saya tak nak jadi ank yang kurang ajar dan mengecewakan ibu bapa. Saya takut perubahan emosi saya menjauhkan saya dari adik beradik. Apa yang perlu saya buat? Adakah saya sedang mengalami tekanan? atau semua tu cuma sikap saya sendiri? Maaf jika ayat luahan saya tidak teratur dan agak memeningkan.

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kami amat memahami situasi anda dan akan cuba membantu.

Untuk pengetahuan anda,kecelaruan fikiran dan emosi mestilah diambil berat sepenuhnya kerana ianya boleh memberikan bahaya yang teramat sangat kepada seseorang walaupun mudah dikawal jikalau menerima rawatan.

Selain itu,masalah sebegini juga biasa dalam golongan masyarakat dan apa yang merisaukan adalah ianya diabaikan kerana was-was untuk berjumpa dengan doktor atau diremehkan.

Masalah sebegini sangat penting untuk dirawat segera kerana ini merupakan suatu masalah yang boleh ditangani bersama dan tidak diabaikan.

Jikalau diabaikan masalah ini akan hanya memberikan kesan besar kepada anda dan rawatan akan bertambah sukar.

Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk masalah sebegini sebelum kita mempunyai diagnosis sebenar…

Berbagai penyakit dapat menyebabkan penurunan fungsi saraf otak (penyakit neurodegeneratif), diantaranya:

  • Penyakit Alzheimer
  • Penyakit Parkinson
  • Penyakit Huntington
  • Penyakit *Lewy body
  • Penyakit Prion
  • Multiple sclerosis
  • Demensia

Selain penyakit-penyakit di atas, ada juga beberapa kondisi yang dapat menyebabkan gangguan sebegini,:

  • Masalah tiroid (amat penting)
  • Cedera otak berat
  • Gangguan pernapasan yang menyebabkan rendahnya kadar oksigen dan tingginya kadar karbon dioksida dalam tubuh.
  • Gangguan jantung dan pembuluh darah transient ischaemic attack (TIA), endokarditis, dan miokarditis.
  • Penyalahgunaan obat-obatan dan alkohol.
  • Kanker otak atau kanker dari tempat lain yang boleh ke otak.
  • Infeksi, seperti HIV, [infeksi otak, meningitis, dan sifilis.
  • Ensefalopati, misalnya yang disebabkan oleh kelainan hati

Berikut merupakan masalah-masalah yang dikatakan organik oleh seorang pakar psikiatri,
Masalah-masalah organik ini akan dikecualikan dahulu dengan teliti sebelum seseorang pakar psikiatri mengambil kira masalah psikiatri sebagai sebab masalah anda.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi untuk rakan anda daripada befrienders di talian 03-79568145 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma

Kami berharap jawapan kami membantu anda.
.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Untuk bercakap dengan pakar psikiatri

happy%20doctor

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)