Sulit
3 tahun
Adakah normal keputihan banyak?
saya perempuan berumur 17 tahun . keputihan saya keluar dengan banyak kadangkadang dan ada sekali tu keluar berwarna putih susu . adakah itu normal ? apakah faktor nya dan cara mengatasinya ? saya rasa kurang selesa apabila ada keputihan . apakah keputihan itu berbahaya ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah keputihan dan berair boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal jika kadarnya sedikit)
- Jangkitan bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin yang lain
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Keputihan yang patologis (penyakit) boleh memudharatkan kesihatan anda. Tambahan lagi, buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah